RENUNGAN MALAM
RENUNGAN MALAM
Sering kali orang bertanya :
"Saya solat, tetapi saya tidak merasai kelazatan
solat"
"Saya menyebut nama Allah di majlis-majlis
zikir dan saya membaca AL Quran, namun saya
tidak merasai kelazatan berzikir serta membaca
AL Quran."
Orang seperti ini sebenarnya bertanya
mengenai ubat yang perlu untuk sampai ke
peringkat merasai kelazatan beribadah, iaitu
penawar yang dapat mempertingkatkannya ke
tahap yang dinamakan oleh para ulama
sebagai AL zhawq (rasaan).
Kaedahnya ialah :
1. Pertama sekali, halang diri daripada harta
yang haram. Jangan makan sesuatu yang
diharamkan kerana harta haram itu
menyebabkan hati menjadi keras dan hati yang
keras itulah yang mencegah seorang hamba
daripada merasai apa yang dinamakan sebagai
zhawq atau kelazatan dalam ibadah.
2. Kemudian, bersahabatlah dengan orang baik-
baik dan jangan berkawan dengan orang jahat.
Walaupun anda sekadar duduk bersama
segolongan manusia yang menyeleweng lagi
tenggelam dalam maksiat, meskipun anda
bukan salah seorang daripada mereka, namun
hanya dengan kebersamaan anda dengan
mereka sahaja akan mengotorkan kejernihan
hati anda.
3. Kemudian, bangunlah malam. Anda mesti
memperuntukkan masa untuk qiamullail
walaupun sekadar 15 minit sebelum subuh dan
berdoa serta mengadulah kepada Allah.
Jika seseorang hamba mewajibkan diri dengan
rawatan ini lalu berterusan mengamalkannya,
maka sesungguhnya hamba tersebut akan naik
ke tahap merasai kelazatan ibadahnya itu. Dia
akan merasai sepanjang solatnya bahawa dia
bermunajat kepada Allah, lalu dia ditimpa
dengan perasaan ini yang diungkapkan oleh
para ulama dengan kalimah zhawq
*اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ*
🍃♥️🌹📚📚
Tidak ada komentar: